Salam ceria semua!
Bengkak susu biasa dialami pada minggu pertama selepas melahirkan anak. Simptom bengkak susu biasanya anda akan rasa buah dada sangat bengkak, sakit, berdenyut, tegang, saiz buah dada lebih besar dari biasa dan juga membuatkan kita tidak rasa sangat selesa.
Lebih teruk lagi jika bengkak tersebut dirasai sehingga ke bawah ketiak dan kadang kala dan juga boleh menyebabkan ibu mendapat demam akibat kesakitan yang dirasai. Tapi, jangan risau, saya akan kongsikan kepada anda semua macamana nak atasi masalah bengkak susu dengan mudah jer.
Cegah segera jika anda mengalami bengkak susu sebelum ianya menjadi lebih teruk dan menyebabkan mastitis.
Mastitis
Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Tanda-Tanda Masititis
Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.
Faktor terjadinya Mastitis
Saluran susu tersumbat. Jika payudara yang tidak dikosongkan dengan betul semasa penyusuan, salah satu saluran susu anda boleh menjadi tersumbat, membawa kepada jangkitan payudara.
Bakteria memasuki payudara anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda dan mulut bayi boleh memasuki saluran susu dan kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu. Bakteria boleh membiak, yang membawa kepada jangkitan.
Jangan dibiarkan payudara anda membengkak yang akan menyebabkan mastitis. komplikasi sekiranya tidak dibendung, boleh menyebabkan nanah di dalam payudara merebak dan seterusnya memerlukan pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan nanah tersebut. Cegah simptom awal jika boleh.
Perkara yang boleh dilakukan sekiranya payudara telah rasa bengkak
Antara perkara yang boleh dilakukan sekiranya anda terasa payudara bengkak ialah
Menyusukan bayi dengan kerap
Menyusukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam. Anda juga boleh mengejutkan bayi anda walaupun pada ketika itu bati anda sedang tidur. Pastikan juga bayi anda menyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan.
Pam untuk mengeluarkan susu
Anda juga boleh menggunakan pam sekali sekala untuk melegakan bengkak susu tersebut.
Urut payudara semasa bayi sedang menyusu
Mengurut payudara secara perlahan semasa bayi anda sedang menyusu membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
Menggunakan daun Kubis Segar
Anda juga boleh mengikuti petua iaitu dengan meletakkan daun kubis segar pada payudara. Daun kubis segar tersebut boleh membantu melegakan kesakitan, walaubagaimanapun, tiada bukti yang menyokongnya. Daun kubis mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
Paracetamol
Paracetomol juga boleh diambil sekiranya anda tidak dapat menahan kesakitan tersebut. Tapi, usah bergantung pada ubat semata. Usaha yang lain juga perlu dilakukan
Mengamalkan lecithin
Mengamalkan pengambilan lecithin selepas bersalin membantu anda untuk mengatasi masalah bengkak susu.
Testimoni Lecithin membantu bengkak susu
Testimoni 1
Salam kak huda. kak sihat?
Akak bersalin bila? Tahniah Taw. hihi
Nak inform yang saya makan soy lecithin, langsung tak bengkak dah susu. semua jadi sediakala. Terima kasih kak.
Kak Huda: Alhamdulillah, syukur akak dengar.
Testimoni 2
Nak share skit pengalaman...saya ambik lecithin sepanjang berpantang haritu sebab nak turunkan berat badan masa pregnant...lebih kurang 3 minggu. Alhamdulillah berat badan turun 5kg! dari 52kg turun kepada 47kg..saya memang makan basi setiap hari, x pantang nasi sebab takut susu badan kurang. makan nasi 3 kali sehari...huhuhu...x dek ambik pape jamu pun..bengkak susu pun memang takdek...lecithin memang best!
Jika anda sedang mengandung, masih belum terlambat untuk membuat persiapan awal sebelum masalah ini berlaku. Tak rugi untuk mencuba!
Untuk pertanyaan mengenai produk, boleh hubungi saya seperti berikut:-
azlida abdullah
sms/ whatsapp 012 - 9906728
Facebook : www.facebook.com/azlida.abdullah.9
Fanpage: www.facebook.com/supermomvitaminshoppe
Email: www.kedaivitaminfatin@gmail.com
0 comments:
Post a Comment