Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya. Di sini, saya akan kongsikan tentang vitamin untuk sihat dan cantik kepada anda semua. Semoga apa yang disampaikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih sekali lagi.

Thursday 4 June 2015

Meriahnya Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Sri As Sakinah Subang Bestari 2015

with 0 Comment
Assalamualaikum.
harini baru berkesempatan nak upload gambar gambar semasa sambutan Hari Guru 2015, Sekolah Agama Sri As Sakinah, Subang Bestari. 


setiap tahun kita meraikan hari guru. petang tadi saya berkesempatan meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan hari guru di Sekolah Agama As Sakinah, Subang Bestari.

Kenapa di sini? Kedua-dua permata hati saya belajar di sekolah ini. Ayish di darjah 2B, sementara Fatin di Tadika 6 tahun.


Hampir 3 tahun anak saya bersekolah di sinu dan saya berpuas hati dengan perkhimatan yang diberikan oleh pihak sejolah, yang diketuai oleh Ustazah Siri Hara sebagai Pengetua. Ustazah & Ustaz pula ramah-ramah belaka.


Jom layan gambar yang sempat saya snap semasa hari guru. Memang meriah sangat sambutannya.

Persembahan Pembukaan dari Ustazah dan Ustaz


Ucapan dari Pengetua, Ustazah Siti Hara



Akur Janji sebagai Pendidik


Persembahan Boria dari Ustaz

Persembahan Tadika 6 Tahun. Aten ada di situ. tak nampak sebab di barisan belakang.

Terjenguk jenguk anak ibu. hah, sempat buat peace tu. 
Persembahan tadika 6 tahun
Dah buat persembahan, dapatlah souvenir. 

Antara lain-lain persembahan dari pelajar Darjah 2

Kerjaya guru masa kini sangat mencabar

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tugas guru pada hari ini lebih mencabar iaitu ketika negara sedang menuju ambang negara maju, mereka memikul amanah besar untuk melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memacu kemajuan negara.

Menurut Wikepedia.org, Hari guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai prnghargaan kepada kepada para guru. 

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Objektif Hari Guru
  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan & integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat 
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang dan memajukan keceKapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema Hari Guru 2015

Jika tahun 2014, tema Hari Guru adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, tahun 2015 pula bertema "Guru: MEMBINA ILMI MENYEMPURNAKAN AKHLAK". 

Maksud dalam Setiap Baris Tema Hari Guru 2015

Guru 
Kata GURU merangkumi senua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. GURU merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

MEMBINA ILMU
Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu murid/ pelajar dalam aspek jasmanu, emosi, rohani dan intelek (kognitif)

MENYEMPURNAKAN 
Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

AKHLAK
Budi pekerti dan nilai-nilai nurni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Bukan senang bergelar seorang guru. Pelbagai cabaran perlu ditempuh dalam mendidik anak bangsa. Hargailah mereka. 

sekian.

Shareholic

Powered by Blogger.

Mengenai Saya

Mengenai Saya
Saya, Azlida Binti Abdullah adalah Pengedar Sah Shaklee Anda. ID Shaklee 929902

Whatsapp @ Sms @ Call

Whatsapp @ Sms  @ Call
Terus Hubungi Saya

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Shaklee Go Online

Shaklee Go Online
Sangat mudah untuk berbisnes dgn Shaklee, Semuanya Online, Hubungi saya untuk info menjadi Ahli Shaklee

Fast Delivery

Fast Delivery
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara , sekitar Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL. Boleh PM saya atau email saja di kedaivitaminfatin@gmail.com juga sms/call di 012-9906728 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, WANITA MENGANDUNG, BERPANTANG, BERDEPAN MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, MASALAH BERAT BDN, KESUBURAN dan sebagainya.

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya
Hubungi Saya Untuk Info Lanjut Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

PING