Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya. Di sini, saya akan kongsikan tentang vitamin untuk sihat dan cantik kepada anda semua. Semoga apa yang disampaikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih sekali lagi.

Wednesday 28 January 2015

8 Tips Mengurangkan tahap kolesterol secara semulajadi

with 0 Comment
Salam ceria semua!

Entri kali ni saya nak  berkongsi mengenai  8 tips mengurangkan tahap kolesterol . 8 tips tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
  2. Kurangkan pengambilan lemak
  3. Tingkatkan pengambilan serat
  4. Modifikasi penyediaan makanan/resepi
  5. Amalkan diet rendah kolesterol
  6. Mengamalkan makanan yang  mengandungi bahan semulajadi untuk merendahkan kolesterol
  7. Mengamalkan pengambilan makanan tambahan iaitu Phytocol ST
1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol

  • Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL 
  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
  • Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan.
  • Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil.
2. Kurangkan pengambilan lemak

  • Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
  • Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.
3. Tingkatkan pengambilan serat

  • Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
  • Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.
  • Amalkan mengambil 20-25 g serat sehari, iaitu melalui 2 hingga 3 hidangan buah-buahan, 3 hingga 4 hidangan sayur-sayuran dan 5 hingga 7 hidangan bijirin penuh.  
  • Amalkan mengambil serat larut air (soluble fibre) sekurang-kurangnya 10-15 g sehari untuk menurunkan paras kolesterol LDL.
4. Modifikasi penyediaan makanan/ resipi

  •      Buang lemak dan kulit yang terdapat pada ayam/daging sebelum memasak.
  •      Pilih kaedah memasak yang sihat (kukus, rebus, panggang dan bakar).
  •      Kurangkan penggunaan minyak semasa memasak, contohnya dengan penggunaan kuali tidak melekat (non stick-pan).
  •      Guna minyak campuran (blended oil) untuk memasak.
  •      Disarankan meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan (salmon, kod, tuna, herring dan jelawat), walnut, minyak flaxseed dan sayur berdaun hijau.
5. Amalkan diet rendah kolesterol


6. Mengamalkan makanan yang mengandungi bahan semulajadi untuk merendahkan kolesterol

Mengamalkan makanan yang mengandungi 4 bahan semulajadi seperti berikut Iaitu Phytosterol, bijirin oat, minyak ikan omega 3 dan serbuk psyllium husk. Ini dibuktikan oleh kajian di mana 4 bahan tersebut membantu merendahkan tahap kolesterol secara semulajadi.

Phytosterol


Sterol tumbuhan yang dikenali sebagai phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10  hingga 15 peratus.

Oat


Oat merupakan bijirin yang mengandungi serat larut yang dikenali sebagai ' beta glucan' yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkannya.

Minyak ikan Omega 3



Minyak ikan omega 3 adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bg menurunkan inflamasi seluruh badan. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan setiap hari.

Physillium Husk



Physillium husk pula adalah biji benih pokok 'plantago ovate' secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. 


Rujukan:

www.drzubaidi.com
www.wikipedia.com

Thursday 15 January 2015

Rambut Lebat dan Sihat Untuk Wanita Muslimah

with 0 Comment

Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar. Rambut sihat dan bersinar adalah idaman setiap wanita bukan?

Setiap wanita impikan rambut yang sihat, lebat dan bersinar. Saya juga tak terkecuali. Tapi, tahukah kita bahawa rambut yang sihat memerlukan nutrisi yang mencukupi?

Nutrisi sangat penting untuk rambut yang sihat

Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaff) iaitu bahagian luar yang kita lihat.


Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia. Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.

Kerosakan pada rambut boleh dicegah dengan mengamalkan diet yang sihat yang mengandungi zat makanan seperi makanan di bawah:-
  • Ikan salmon
  • Flaxseed
  • Telur organik
  • Kacang lentil
  • Minyak zaitun
  • Daging lembu organik
  • Kubis
  • Kacang walnut
  • Yogurt

Selain itu, saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin yang boleh membantu anda mendapat rambut yang lebat dan sihat adalah seperti mengamalkan secara konsisten Vitamin Seperti Berikut.


Caratomax
- Membantu melembapkan permukaan kulit kepala dan melembapkan rambut
- menbantu mengekalkan kesihatan tisu kulit kepala

B Complex
- Penting untuk kesihatan rambut
- Membantu meningkatkan metabolisme sel kulit kepala

Vitamin C
- Menggalakkan pengeluaran tirosin yang berperanan menguatkan akar rambut
- Merupakan anti oksidan semulajadi dan memastikan pembentukan kolagen

Vitamin E
- Melancarkan peredaran darah di kulit kepala, menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut

GLA Complex
-Menjaga dan memperbaiki tekstur rambut

Zink
- Berfungsi untuk mengekalkan warna dan struktur rambut

Apa kata mereka yang mendapat kebaikan antara vitamin di atas untuk kesihatan rambut

Testimoni 1


Testimoni 2

Testimoni 3

Hubungi saya sebelum lebih banyak lagi rambut anda akan gugur. Cegah sebelum terlambat. sayang sungguh jika aset wanita yang akan membuatkan anda nampak anggun rosak sepenuhnya!

Anda boleh membuat belian secara ONLINE dengan hanya KLIK di bawah dan ikut sahaja arahan yang akan diberikan seterusnya. Pembelian ini adalah pembelian pada harga runcit.


Atau, anda boleh mendapatkan belian dengan harga yang lebih jimat jika mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee sama ada untuk makan sendiri mahupun ingin menjana income lumayan bersama Shaklee. Anda yang akan tentukan!

Sila KLIK untuk info lanjut mengenai kebaikan sebagai Ahli Shaklee (makan sendiri) atau ingin menjana pendapatan lumayan sebagai Pengedar Sah Shaklee.

Saya boleh dihubungi seperti berikut:-

Facebook: Azlida Abdullah
Whatsapp/ Mesej/ Telegram : 012 990 6728 [ieda]
Email: Kedaivitaminfatin@gmail.com
COD: Subang Bestari - Kota Damansara - Sg Buloh
Semenanjung Malaysia -  Sabah - Sarawak - Brunei ( Melalui Kurier Service)

Disclaimer:
Kesan pengambilan produk adalah berbeza pada setiap individu. Supplement Shaklee adalah salah satu alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi di laman blog ini, bukanlah preskripsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan untuk tujuan perkongsian.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan menapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Monday 5 January 2015

Nutrient Penting dan Tips Diet yang Sihat untuk Ibu Hamil

with 0 Comment
Antara keperluan nutrient yang penting kepada ibu hamil adalah:

Tenaga
Tenaga tambahan diperlukan wanita hamil pada trimester kedua dan ketiga serta ibu yang menyusukan bayi. ia diperlukan untuk peningkatan berat badan yang sempurna sepanjang tempoh kehamilan atau peningkatan kadar metabolik asas yang tidak boleh diimbangi dengan mengurangkan penggunaan tenaga harian.


Sumber tenaga yang boleh didapati dari makanan seperti nasi atau roti (sebaik-baiknya bijirin penuh dan bukannya bijirin halus kerana ia mengandungi lebih berat) dan sumber makanan lain.

Protein adalah komponen penting untuk perkembangan dan pertumbuhan serta membina otot dan tisu, maka ia amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak yang sihat.

Antara sumber protein yang boleh diperolehi adalah legum (contohnya kacang dal, kacang lentil, kekacang, produk soya seperti tempe atau tauhu), ikan atau makanan laut yang dimasak dengan sempurna, ayam, daging, telur dan susu.

Folat
Folat adalah sejenis Vitamin B yang penting bagi fungsi selular yang sempurna. Anda harus mengambil asid folik apabila merancang untuk hamil dan semasa tiga bulan pertama kehamilan untuk mencegah kekurangan folat yang boleh menyebabkan risiko bayi terhadap kecacatan saraf tunjang.

Antara sumber folat adalah dari sayur berdaun hijau, kacang bendi, asparagus, lentil, legum dan produk bijirin yang diperkaya. Buah-buahan seperti oren (atau jus oren yang diperah sendiri), pisang dan betik juga mengandungi folat.

Zat Besi
Darah mengandungi sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada bayi. Dianggarkan dua pertiga daripada zat besi di dalam tubuh digunakan untuk mengekalkan bilangan sel darah merah yang mencukupi. 


Zat besi juga berperanan dalam mengekalkan kesihatan sel dan mengekalkan kulit, rambut serta kuku dalam keadaan yang baik.

Anak dan anda memerlukan kalsium untuk membina tulang dan mengekalkan kekuatan tulang, mengekalkan kesihatan jantung dan fungsi otot yang sempurna.

Antara sumber kalsium yang boleh diperolehi daripada makanan ialah kekacang seperti kacang dal, tauhu dan tempe, sayur-sayuran, susu dan produk tenusu, dadih dan keju.

Iodin
Iodin diperlukan untuk mengekalkan fungsi normal tiroid.Tiroid mengawal metabolisme tubuh. ia juga merembes hormon yang mempengaruhi perkembangan tulang dan otak semasa kehamilan.


Antara sumber iodin adalah dari makanan laut seperti kerang, kuoang, rumpai laut, telur, daging, hasil tenusu.

Tips diet yang sihat semasa hamil


  • Pilih makanan berasaskan piramid makanan
  • Makan dalam saiz yang sederhana
  • Bersenam untuk mengekalkan berat badan yang stabil
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mengandungi lebih banyak vitamin, mineral, fitokimia dan sebagainya
  • Ambil sumber kalsium yang mencukupi.
  • Minum 8 gelas air kosong sehari.
  • Makan mengikut jadual
  • Ambil snek yang berkhasiat sekiranya berasa lapar.

Shareholic

Powered by Blogger.

Mengenai Saya

Mengenai Saya
Saya, Azlida Binti Abdullah adalah Pengedar Sah Shaklee Anda. ID Shaklee 929902

Whatsapp @ Sms @ Call

Whatsapp @ Sms  @ Call
Terus Hubungi Saya

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Shaklee Go Online

Shaklee Go Online
Sangat mudah untuk berbisnes dgn Shaklee, Semuanya Online, Hubungi saya untuk info menjadi Ahli Shaklee

Fast Delivery

Fast Delivery
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara , sekitar Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL. Boleh PM saya atau email saja di kedaivitaminfatin@gmail.com juga sms/call di 012-9906728 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, WANITA MENGANDUNG, BERPANTANG, BERDEPAN MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, MASALAH BERAT BDN, KESUBURAN dan sebagainya.

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya
Hubungi Saya Untuk Info Lanjut Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

PING