Antara keperluan nutrient yang penting kepada ibu hamil adalah:
Tenaga
Tenaga tambahan diperlukan wanita hamil pada trimester kedua dan ketiga serta ibu yang menyusukan bayi. ia diperlukan untuk peningkatan berat badan yang sempurna sepanjang tempoh kehamilan atau peningkatan kadar metabolik asas yang tidak boleh diimbangi dengan mengurangkan penggunaan tenaga harian.
Sumber tenaga yang boleh didapati dari makanan seperti nasi atau roti (sebaik-baiknya bijirin penuh dan bukannya bijirin halus kerana ia mengandungi lebih berat) dan sumber makanan lain.
Protein adalah komponen penting untuk perkembangan dan pertumbuhan serta membina otot dan tisu, maka ia amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak yang sihat.
Antara sumber protein yang boleh diperolehi adalah legum (contohnya kacang dal, kacang lentil, kekacang, produk soya seperti tempe atau tauhu), ikan atau makanan laut yang dimasak dengan sempurna, ayam, daging, telur dan susu.
Folat
Folat adalah sejenis Vitamin B yang penting bagi fungsi selular yang sempurna. Anda harus mengambil asid folik apabila merancang untuk hamil dan semasa tiga bulan pertama kehamilan untuk mencegah kekurangan folat yang boleh menyebabkan risiko bayi terhadap kecacatan saraf tunjang.
Antara sumber folat adalah dari sayur berdaun hijau, kacang bendi, asparagus, lentil, legum dan produk bijirin yang diperkaya. Buah-buahan seperti oren (atau jus oren yang diperah sendiri), pisang dan betik juga mengandungi folat.
Zat Besi
Darah mengandungi sel darah merah yang membekalkan oksigen kepada bayi. Dianggarkan dua pertiga daripada zat besi di dalam tubuh digunakan untuk mengekalkan bilangan sel darah merah yang mencukupi.
Zat besi juga berperanan dalam mengekalkan kesihatan sel dan mengekalkan kulit, rambut serta kuku dalam keadaan yang baik.
Anak dan anda memerlukan kalsium untuk membina tulang dan mengekalkan kekuatan tulang, mengekalkan kesihatan jantung dan fungsi otot yang sempurna.
Antara sumber kalsium yang boleh diperolehi daripada makanan ialah kekacang seperti kacang dal, tauhu dan tempe, sayur-sayuran, susu dan produk tenusu, dadih dan keju.
Iodin
Iodin diperlukan untuk mengekalkan fungsi normal tiroid.Tiroid mengawal metabolisme tubuh. ia juga merembes hormon yang mempengaruhi perkembangan tulang dan otak semasa kehamilan.
Antara sumber iodin adalah dari makanan laut seperti kerang, kuoang, rumpai laut, telur, daging, hasil tenusu.
Tips diet yang sihat semasa hamil
- Pilih makanan berasaskan piramid makanan
- Makan dalam saiz yang sederhana
- Bersenam untuk mengekalkan berat badan yang stabil
- Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mengandungi lebih banyak vitamin, mineral, fitokimia dan sebagainya
- Ambil sumber kalsium yang mencukupi.
- Minum 8 gelas air kosong sehari.
- Makan mengikut jadual
- Ambil snek yang berkhasiat sekiranya berasa lapar.
0 comments:
Post a Comment