Menurut majalah RAPI, 7 langkah mudah untuk kurus adalah:-
1- Sarapan yang mencukupi
Ambil sarapan yang lengkap dan berkhasiat dengan kuantiti yang mencukupi.Ini membantu anda merasa lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti harian
2- Jangan Tinggalkan Waktu Makan
Amalkan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta snek yang berkhasiat untuk memastikan tubuh mendapat kesemua nutrien yang diperlukan
3- Ubah Cara Pemakanan
Bagi yang suka mengunyah ketika stress, jadikan buah-buahan sebagai pilihan. wajibkan hidangan buah-buahan dalam menu harian dan tambah hidangan ini sebagai snek anda.
4- Saiz Pinggan Mempengaruhi untuk Kurus
Gunakan piring kecil setiap kali anda makan tengahari atau malam. Pengambilan makanan yang banyak hanya akan menggemukkan anda.
5- Penanda Aras
Segera gogok gigi selepas selesai waktu makan malam untuk mengingatkan diri anda waktu makan telah tamat.
6 - Berhati - hati ketika makan
Jangan makan sambil membaca, menonton tv atau melayari internet kerana anda akan cenderung makan lebih daripada kebiasaannya.
7- Merancang menu diet
Ambil masa 10 minit untuk merancang pelan diet pemakanan anda sebelum pergi membeli belah barang keperluan.
Semoga bermanfaat kepada mereka yang nak kurus!
Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya. Di sini, saya akan kongsikan tentang vitamin untuk sihat dan cantik kepada anda semua. Semoga apa yang disampaikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih sekali lagi.
Sunday, 19 April 2015
7 Langkah Mudah Untuk Kurus
Shareholic
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment