Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya. Di sini, saya akan kongsikan tentang vitamin untuk sihat dan cantik kepada anda semua. Semoga apa yang disampaikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih sekali lagi.

Tuesday, 3 February 2015

Tips Atasi Sembelit Untuk Kanak-Kanak Paling Mudah

with 0 Comment
Salam ceria semua!

Asal nak berak je menangis, asal menangis je mesti nak berak. Trauma ibu-ibu yang mempunyai
anak-anak yang mengalami masalah sembelit. Bukan si anak je trauma setiap kali nak membuang,     si ibu pun trauma. Ibu mana tahan nak dengar anak menangis berejam jam semata-mata nak membuang. Kita tengok pun rasa kesian, apatah lagi si anak yang menanggung keperitan nak membuang.

Jika anda seorang ibu yang mengalami masalah anak sembelit, jangan malu untuk membaca perkongsian saya sehingga habis ye!  Semoga bermanfaat dan dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu anak-anak selama ini!

Maksud Sembelit

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Sembelit berlaku apabila pengecutan otot kolon menjadi perlahan atau lembap, menyebabkan najis melalui kolon secara terlalu perlahan, atau apabila kolon menyerap terlalu banyak air. Akibatnya, najis menjadi terlalu kering dan keras.

Sembelit di kalangan kanak-kanak

Menurut Dr. Zubaidi, sembelit bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak didiagnosekan dengan mengira bilangan hari anak-anak tidak membuang air besar. Menurut beliau lagi, kanak-kanak yang tidak membuang air besar selama 3 hari adalah sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak jika tiada tanda-tanda kanak-kanak tersebut mengalami sembelit.

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk kanak-kanak adalah sekali setiap 2-3 hari.

Menurut Pakar Pediatrik dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Christopher Lim Lean Chai, sentiasa menekankan kepentingan penjagaan sistem penghadaman sebagai langkah utama untuk memastikan kesihatan perut dan menjamin tumbesaran si manja.

Sistem penghadaman


Cuba gambarkan visual sistem penghadaman sebagai satu saluran atau tiub sepanjang 25 hingga 35
kaki yang berjela dari mulut ke dubur. Sistem penghadaman manusia yang juga dirujuk sebagai
gastrousus atau perut, bertanggungjawab untuk memproses makanan dan bendalir yang kita makan dan minum setiap hari.

Proses utama melibatkan menelan, menghadam, menyerap dan membuang sisa. Biasanya,
makanan melalui seluruh saluran penghadaman dalam masa 1 hingga 2 hari.

Justeru, sekiranya sistem penghadaman si manja tidak berfungsi dengan baik, kesihatannya akan
terjejas kerana pergerakan usus yang tidak baik akan menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan membuatkan dia khuatir untuk ke tandas.

Si kecil juga mula menangguhkan pemergian ke tandas selama yang boleh.
Sembelit adalah salah satu masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kanak-kanak kecil,
dengan kadar yang dilaporkan antara 0.3 peratus hingga 28 peratus.

Tanda-tanda kanak-kanak mengalami sembelit

  • Anak-anak menangis dan sentiasa menunjukkan rasa resah
  • Rasa tidak selesa ketika membuang
  • Mengadu rasa sakit ketika hendak membuang dan meneran
  • Najis kelihatan keras dan berbiji,
  • Kentut dan najis  berbau lebih busuk
Kesan Sembelit kepada kanak-kanak

Kesan sembelit kepada kanak-kanak adalah seperti berikut. Walaubagaimanapun, kesan sembelit juga akan membuatkan kanak-kanak akan menangis setiap kali membuang air besar.

  • Perut kembung
  • Sakit perut yang datang dan pergi ("abdominal cramps").
  • Rasa tidak selesa.
  • Luka di dubur ("anal fissure") yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung ("squatting"), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
  • Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).

Faktor Menyebabkan Sembelit

  • Terlalu banyak mengambil makanan ringan mengandungi banyak garam dan bahan
  • perasa.
  • Penyahidratan yang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
  • Kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat secukupnya.
  • Kurang minum air
  • Kurang bersenam
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kebiasaan menahan membuang air besar
  • Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
  • Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
  • Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
  • Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar
  • (Hirschprung's disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid
  • (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).

Tips Mengelakkan Anak Sembelit

  • Jus serta buah yang dikisar kepada kanak-kanak untuk diminum bagi melawaskan pembuangan air besar.
  • Mengamalkan diet yang sihat adalah salah satu cara terbaik untuk menghindari masalah penghadaman dalam kalangan kanak-kanak.  
  • Minum banyak air
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat dan fiber seperti buah-buahan, kekacang, dan sayur-Sayuran segar. serat menyerap air dan mengembang dalam usus. Dengan demikian,
    membantu melembut dan menyenangkan najis keluar daripada badan adalah penting.   
  • Jangan suka menahan dari membuang air besar
  • Mengamalkan Mealshake Shaklee (sejenis makanan tambahan yang mengandungi 23 jenis Vitamin untuk tumbesaran anak-anak)
Mealshake

  • Mengandungi 23 jenis Vitamin & mineral termasuk fiber. Fiber membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
  • Selain itu, mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium untuk membina tulang dan sel-sel badan.
  • Kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
  • Minuman multivitamin perisa vanila yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.
  • Mengandungi lengkap B Kompleks, besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
Apa kata mereka telah mencuba Mealshake untuk membantu masalah sembelit anak-anak tersayang

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Mudah kan atasi sembelit anak-anak dengan Mealshake. Cara untuk membancuh mealshake akan saya kongsikan jika pembelian dari saya! Jangan biarkan anak-anak terjerit-jerit dan menangis ketika hendak membuang! 

Ada 3 cara pembelian boleh dilakukan jika berminat untuk mendapatkan Mealshake untuk membantu masalah sembelit anak-anak:-
  1. Belian harga runcit iaitu RM113.75 setong
  2. Beli secara ONLINE DI SINI pada Harga Runcit secara terus dari Shaklee.
  3. Beli dengan Harga lebih JIMAT (diskaun sehingga 25%)  dengan Mendaftar sebagai Ahli Shaklee.


atau hubungi saya untuk info lanjut seperti berikut:-

Facebook: Azlida Abdullah
Whatsapp/ Mesej/ Telegram : 012 990 6728 [ieda]
Email: Kedaivitaminfatin@gmail.com
COD: Subang Bestari - Kota Damansara - Sg Buloh
Semenanjung Malaysia -  Sabah - Sarawak - Brunei ( Melalui Kurier Service)


Apa yang anda akan dapat sekiranya menjadi Customer saya?
1.   FREE CONSULTATION Selepas pembelian
2.    Jemputan Ke group Ekslusif khas untuk customer customer kami
Anda juga boleh mendapatkan info mengenai HQ Shaklee di:-
1.   www.shaklee.com.my
2.  untuk yang sudah menjadi ahli, bolehlah layari www.shaklee2u.com.my (khas untuk ahli shaklee sahaja)
Terima Kasih 

Disclaimer:
Kesan pengambilan produk adalah berbeza pada setiap individu. Supplement Shaklee adalah salah satu alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi di laman blog ini, bukanlah preskripsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan untuk tujuan perkongsian.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan menapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.


Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/
http://ww1.utusan.com.my/
http://drzubaidi.com/
http://www.petuatradisional.com/
http://www.kosmo.com.my/
http://www2.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

Shareholic

Powered by Blogger.

Mengenai Saya

Mengenai Saya
Saya, Azlida Binti Abdullah adalah Pengedar Sah Shaklee Anda. ID Shaklee 929902

Whatsapp @ Sms @ Call

Whatsapp @ Sms  @ Call
Terus Hubungi Saya

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Shaklee Go Online

Shaklee Go Online
Sangat mudah untuk berbisnes dgn Shaklee, Semuanya Online, Hubungi saya untuk info menjadi Ahli Shaklee

Fast Delivery

Fast Delivery
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara , sekitar Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL. Boleh PM saya atau email saja di kedaivitaminfatin@gmail.com juga sms/call di 012-9906728 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, WANITA MENGANDUNG, BERPANTANG, BERDEPAN MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, MASALAH BERAT BDN, KESUBURAN dan sebagainya.

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya
Hubungi Saya Untuk Info Lanjut Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

PING