Salam semua. Malam ni saya nak share bagaimana nak mengelakkan Gastrik di bulan puasa. Puasa dah tak lama lagi kan? Saya sendiri memang tak menghadapi masalah gastrik, tapi saya kongsikan disini bagaimana Produk Shaklee seperti ESP, Alfalfa dan Peppermint Ginger Plus Membantu masalah gastrik. Jemput baca ye.
Apa
itu Gastrik?
Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk
kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu
lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia
berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di
dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang
menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.
Apakah
Punca gastrik
Gastrik selalunya disebabkan oleh
mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut
adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory).
Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori
di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut
boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum
racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.
Simptom
gastrik
Ramai pesakit gastrik tidak mengalami
sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan
kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk
yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan
mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan
muntah-muntah.
Jika penyakit gastrik bertambah
sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh
mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Simptom tersebut menandakan penyakit
gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus
dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.
Mengambil
beberapa langkah Pencegahan Penyakit
Gastrik Seperti Berikut:-
- Kerap bersenam
- Hindari STRESS
- Makan makanan yang berkhasiat
- Banyakkan minum air kosong dan makanan berserat
- Kurangkan mankanan pedas/masam/coklat
- Tidak merokok
- Tidak minum alkohol, kopi dan teh yang terlalu pekat
- Makan 4-5 kali sehari, dalam hidangan kecil namun cukup kandungan kalorinya untuk sehari
Antara langkah/ rawatan yang boleh diambil:-
Rawatan
moden
- Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.
- Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.
- Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.
- Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.
- Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.
- Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.
- Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.
- Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.
Selain itu, boleh juga mengamalkan Vitamin Shaklee iaitu Set Gastrik Shaklee yang dapat membantu Masalah Gastrik:
Vitamin yang membantu masalah gastrik anda adalah:-
- ESP
- ESP penting untuk pemulihan (elakkan susu)
- satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
- Kadar Indeks Glisemik yang rendah (G.I) iaitu 39.
- ESP juga bertindak sebagai pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
- Alfalfa
- Mengurangkan keasidan dan inflamasi
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut. Memperbaiki masalah salur penghadaman seperti kembung, hyperadicity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
- Peppermint Ginger Plus
- Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
- Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
- Mengandungi Pudina, Halia, Pokok Adas(fennal) dan cekur manis(anise).
- Pudina
- Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu, ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
- Halia
- Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland medapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/ mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.
- Pokok Adas(Fennal)
- Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
- Cekur Manis(anise)
- Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut
- Ostematrix
- Memperbaiki hiperaktiviti perut dan Sakit gastrik
Berminat untuk dapatkan Set Untuk Gastrik di atas, hubungi saya seperti berikut:-
>>>Saya adalah pengedar Sah Shaklee (ID 929902)
>>>Cash On Delivery untuk customer sekitar Pangsapuri Sri Bintang, Subang Bestari, Kota Damansara, Sg Buloh, Kg Melayu Subang dan sekitarnya.
>>>Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda melalui City Link, Pos Laju dan Gedex
>>>Anda boleh hubungi saya melalui:-
@@PM ke fanpage: www.facebook.com/supermomvitaminshoppe - sila klik 'like' untuk info terkini
@@PM ke FB saya: www.facebook.com/Azlidaabdullah
@@SMS/ WHATSAPP: 012 9906728 (azlida)
@@Email: kedaivitaminfatin@gmail.com
@@Blog: www.kedaivitaminfatin@blogspot.com
Apa yang anda akan dapat sekiranya menjadi Customer saya?
1. FREE CONSULTATION Selepas pembelian
2. Jemputan Ke group Ekslusif khas untuk customer customer kami
Anda juga boleh mendapatkan info mengenai HQ Shaklee di:-
1. www.shaklee.com.my
2. untuk yang sudah menjadi ahli, bolehlah layari www.shaklee2u.com.my (khas untuk ahli shaklee sahaja)
Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment