Terima kasih kerana mengunjungi laman blog saya. Di sini, saya akan kongsikan tentang vitamin untuk sihat dan cantik kepada anda semua. Semoga apa yang disampaikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih sekali lagi.

Thursday, 30 January 2014

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya

with 0 Comment

  • Timba Ilmu Sepanjang Masa
    • Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.
    • Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.
    • Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysia  Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu. 
  • Mulakan dengan Betul
    • Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang sama dapat memastikan bayi melekap dengan betul.
    • Ingatlah, bahawa salah
      satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.
    • Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi mmebolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

  • Simpan Stok Susu
    • Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu
      yang ada memenuhi keperluannya.
    • Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang
    • Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa atau anda belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payudara yang bersesuaian.
  • Peralatan Penyusuan Berkaitan
    • Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung.
      Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. 
    • Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing.Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

  • Bincang dengan Majikan
    • Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payudara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua pihak.
    • Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruang khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

  • Perah Susu di Pejabat
    • Anda amat digalakkan untuk memahirkan mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.
    • Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang - kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

  • Kurangkan Tekanan
    • Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara,
      anda akan lebih tenang! ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugas pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
    • Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.
  • Makan Secara Sihat
    • Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara ekslusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian.
      Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 
    • Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah - buahan segar dan sebagainya.



  • Ikut Keperluan Bayi
    • Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luangkan lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara ekslusif.
    • Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.

0 comments:

Post a Comment

Shareholic

Powered by Blogger.

Mengenai Saya

Mengenai Saya
Saya, Azlida Binti Abdullah adalah Pengedar Sah Shaklee Anda. ID Shaklee 929902

Whatsapp @ Sms @ Call

Whatsapp @ Sms  @ Call
Terus Hubungi Saya

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Pengikhtirafan SIJIL HALAL SHAKLEE

Shaklee Go Online

Shaklee Go Online
Sangat mudah untuk berbisnes dgn Shaklee, Semuanya Online, Hubungi saya untuk info menjadi Ahli Shaklee

Fast Delivery

Fast Delivery
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara , sekitar Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun KL. Boleh PM saya atau email saja di kedaivitaminfatin@gmail.com juga sms/call di 012-9906728 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi bagi PENYUSUAN BAYI, WANITA MENGANDUNG, BERPANTANG, BERDEPAN MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, MASALAH BERAT BDN, KESUBURAN dan sebagainya.

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya

Ingin Jana Pendapatan dengan Shaklee, Jom Sign Up dengan Saya
Hubungi Saya Untuk Info Lanjut Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

PING