Ramai yang yakin berat badan akan berkurang apabila berpuasa. Hakikatnya, hanya segelintir yang berjaya dan ada juga yang makin bertambah akibat berbuka tanpa beringat. Ini kerana ramai bermasalah untuk mengatur diet di bulan puasa. Bukan mudah untuk tidak makan secara berlebihan, tetapi jika terkurang lain pula masalahnya. Jom amalkan diet di bulan puasa.
3 TIPS BERDIET
1) LEBIHKAN SERAT
Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh, dan kekacang. Selain itu, sayur sayuran dan buah buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat.
Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan bulan yang lain.
Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan bulan yang lain.
Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberikan tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekali gus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetes.
3 biji kurma
Pengambilan 3 biji kurma berserta sehelas air atai jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. Selain itu dapat menggalakkan kejadian hipoglisemia. Kurma kaya dengan canpuran glukosa dan fruktosa.
Mengandungi pottasium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang.
Kandungan gula beta D - glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang. Jadi mudah untuk mereka yang ingin berdiet.
2) ELAKKAN MAKANAN BERGORENG
pilih kaedah masakan yang lebih sihat. Elakkan makanan yang digoreng dan kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak. Begitu juga lemak dan kulit pada ayam dan daging perlu dibuang sebelum memasak seperti gunakan kaedah memanggang, stim dan sup untuk mendapatkan diet yg sihat di bulan puasa.
3) KUNYAH PERLAHAN
makan dan kunyah dengan perlahan lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan bahawa perut kita telahpun kenyang.
Sumber: majalah isihat